INFO SAUNA


Antara Keistimewaan Set Sauna Portable ( Mudah Alih)

~Paling mudah di pasang dan simpan (tak sampai 5 minit….)
~Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air & tahan lama.
~Harga yang sangat-sangat berpatutan dan mampu beli
~Mendapat kelulusan CE dari luar negara & Suruhanjaya Tenaga dari Malaysia. Selamat ~digunakan.
~Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan & mengekalkan kesihatan.
~Anda bebas ~bersauna dengan keselesaan rumah sendiri.

SIHAT DENGAN SAUNA

Antara kebaikan sauna dari sudut kesihatan:

* Keluarkan Toksin Dari Tubuh

Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

* Sembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.

* Meningkatkan Metabolisme

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20 peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudian.Apabila pembakaran kalori berlaku lebih banyak, maka penurunan berat badan juga berlaku dengan pantas dengan bersauna.

* Membunuh Bakteria Dan Virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

* Kurangkan Stres

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih damai.



 sauna pants- edisi nazcon


 
 
HARGA PENGENALAN - RM 99.00

Promosi Penghantaran Percuma - Sem Malaysia sahaja


Kecantikkan :-

Mencantikkan kulit
Mengempiskan perut yang buncit
Dapat menjadikan tubuh lebih kemas dan membentuk semula pinggul secara semulajadi


Lepas Bersalin :-

Mengecutkan perut, rahim, paha,
menyembuhkan luka-luka dalaman, serta menjadikan ibu lebih bertenaga dan cergas.


Pelangsingan Badan :-

Membakar lemak (sehingga 600 kalori),
mencairkan selulit dari luar sama seperti berjogging sejauh 5km
berkesan untuk menguruskan badan.
Tungku moden (elektronik)

Kesihatan :-

Mengurangkan kesakitan anggota badan,
sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang,
menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi badan.
menghilangkan toksik dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury.
meningkatkan tahap metabolisme, melancarkan pengaliran darah,
memecahkan lemak yang berlebihan, mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti-penuaan.

CARA-CARA MENGGUNAKAN SAUNA PANTS


Masa nak pakai sauna pants ni, anda kena pakai seluar cotton belah dalam.. jangan pakai sauna pants ni terus tanpa sebarang lapik.. seluar cotton tu berfungsi utk serap peluh yg akan keluar bila pakai sauna pants tu..

Pakai SAUNA PANTS dalam keadaan yang selesa (baring atau berdiri). Jangan duduk atau meniarap kerana ini akan mendatangkan masalah kepada alat sauna.

Jangan gunakan losyen atau seumpamanya ketika menggunakan SAUNA PANTS
kerana pori-pori akan terbuka luas dan boleh menyebabkan reaksi pada kulit. (allergi/gatal2)

Digalakkan minum minuman panas spt air suam. Elakkan minum minuman sejuk.

Jangan gunakan SAUNA PANTS sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan.

Untuk mendapatkan kesan terbaik, pakai SAUNA PANTS untuk 50 minit pada satu masa.



PERBEZAAN STEAM DAN INFRARED:




Mana satu nak pilih???

Tepuk dada tanya ongkos nya

SAUNA - cara mudah SEGARKAN BADAN


Menjaga kesegaran tubuh badan merupakan satu rangkaian yang terdiri daripada beberapa proses. la juga memerlukan satu sinergi untuk memberi hasil yang maksimum terhadap tubuh badan anda. Salah satu cara untuk memperoleh tubuh badan yang segar adalah mandi sauna.

Biasanya, mandi sauna dilakukan setelah melakukan sukan olahraga bagi mendapatkan kembali kesegaran tubuh badan. Namun, ramai yang tidak menyedari mandi sauna ini memberi impak yang baik terhadap tubuh badan. Sesetengah orang pula menganggap mandi sauna ini remeh dan hanya merupakan satu pelengkap ritual sahaja.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, mandi sauna memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh. Malah, ia sudah lama dipraktikkan dan amat terkenal di kebudayaan Rom, Mediterranean, Rusia dan India.

Asalnya, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun dan toksin dari dalam tubuh. Hal ini pula kemudian menyebabkan mandi sauna ini terkenal di seluruh pelosok negara. Hingga kini, manfaat kesihatan dari sauna tetap menjadi satu sebab bagi setiap orang untuk melakukannya.

Kelebihan sauna ini menjadikan ia sebagai satu perkara wajib setelah berolahraga. Ini kerana, mandi sauna ini dapat membantu mengendurkan kembali otot tubuh yang kejang ketika berolahraga atau setelah bekerja dalam situasi ketegangan yang tinggi.

Otot yang terasa mengejang setelah bekerja disebabkan racun yang berkumpul di jaringan otot anda. Dengan melakukan sauna, ia dapat melancarkan kembali peredaran darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga kembali relak.

Peluh yang dihasilkan ketika mandi sauna ini memberi kebaikan tersendiri. Peluh tersebut merupakan hasil dari pembakaran tubuh akibat peningkatan metabolisme. Hasil dari penelitian, sauna dikatakan membantu membakar sehingga 400 kalori dalam masa setengah jam.

Ini kerana, wap panas yang dihasilkan ini membuka pori-pori kulit dan membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Hasilnya, kulit akan terasa lebih bersih dan tegang di samping berasa lebih segar dan sihat. Tidak hairanlah sauna banyak digunakan dalam proses melangsingkan badan.


TIP:
Sebelum melakukan sauna:
Biasakan minum air mineral sebelum dan sesudah melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara lebih maksimum. Bagi ibu-ibu hamil, atau mereka yang mengalami masalah saluran pernafasan, elakkan dari melakukan sauna.


petikan mingguan wanita bil.1185

Thursday, February 4, 2010


Apakah FIR atau Far Infrared (Sinar Infra Merah)

FIR sauna atau Far Infrared Sauna ialah sauna kering (dry).

Ia merupakan kaedah moden menggunakan Far Infrared untuk membakar lemak, membuang toksik badan & mengurangkan insomnia dll.
Mudah di lipat dan pasang. Mudah dibawa kemana-mana.
Boleh kawal masa antara 5 minit-30 minit... ikut kemampuan anda


Sinar Infra Merah Jauh

Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bagi semua kehidupan di bumi. Cahaya matahari 80% nya merupakan sinar infra merah. Panjang gelombangnya 4 1000 mikrometer. Sinar infra merah menghasilkan panas, dan panas tersebut dapat diserap dan dimanfaatkan kembali.


15 MINIT BOLEH BAKAR 400 - 600 KALORI???

Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda

Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori

3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.

4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori